Brighton calarkan rekod tanpa kalah Chelsea

Iklan
Havertz dan Potter selepas wisel penamat perlawanan EPL antara Brighton menentang Chelsea di Stadium Amex pada Sabtu. - Foto AFP

REKOD tanpa kalah Chelsea di bawah kendalian Graham Potter lebur selepas ditewaskan Brighton 4-1 di Stadium Amex pada awal pagi Ahad.

Menurut Potter, punca kekalahan Chelsea kepada bekas kelab bimbingannya itu adalah disebabkan kesilapan pemain The Blues sendiri.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun jurulatih berbangsa Inggeris itu enggan menyalahkan pemain-pemainnya sebaliknya akan bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

"Kami melakukan beberapa kesilapan. Saya tidak akan menyalahkan pemain kerana mereka sudah mempamerkan aksi terbaik.

Iklan

"Mereka sudah melakukan segala-galanya. Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini dan akan mencuba menjadikan pasukan lebih baik selepas ini," katanya.

Pada kasi tersebut, Brighton mendahului pada separuh masa pertama menerusi gol sendiri Ruben Loftus-Cheek dan Trevoh Chalobah yang menambah kesengsaraan Potter selepas Leandro Trossard yang meletakkan The Seagull di depan seawal minit kelima.

Iklan

Pemain tengah Chelsea, Kai Havertz berjaya merapatkan jurang pada awal babak kedua, namun jaringan lewat Pascal Gross terus menutup peluang Chelsea.

Untuk rekod, Potter mengharungi sembilan perlawanan tanpa kekalahan sejak meninggalkan Brighton untuk mengendalikan The Blues.