Pusat belia bertaraf antarabangsa dibangunkan di Tambun

Iklan
Pembinaan PYC atas tanah berkeluasan 2.7 hektar akan dimulakan tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. - Foto Facebook Faizal Azumu

IPOH - Penduduk di sekitar Tambun bakal menikmati kemudahan sukan bertaraf antarabangsa menerusi pembangunan pusat belia bernilai RM45 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pusat dikenali Perak Youth Centre (PYC) itu dibina atas tanah berkeluasan 2.7 hektar dan dilengkapi beberapa kemudahan antaranya padang bola sepak sintetik, gelanggang sukan extreme, hab e-sports, gelanggang futsal berbumbung dan asrama untuk penginapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain berfungsi sebagai pusat aktiviti belia dan rekreasi, PYC juga akan dijadikan pusat latihan atlet, secara tidak langsung memberi kelebihan kepada atlet negeri ini menjalani latihan dengan lebih selesa.

"Pembinaannya akan dimulakan tahun hadapan dan mengambil masa dua tahun. Insya-ALLAH pada 2025, semua kelengkapan PYC di Tambun ini sudah boleh digunakan," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Perak Youth Centre, Tambun dekat sini pada Ahad.

Iklan

Penyandang kerusi Parlimen Tambun itu yakin, pusat berkenaan mampu menjadi pemangkin kecemerlangan sukan di Perak.

Katanya, kemudahan itu juga dapat memberi semangat baharu untuk seluruh masyarakat setempat menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan seharian selari dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah ‘Negara Sukan’.

Iklan

"Ini adalah satu misi daripada dokumen Visi Sukan Negara 2030 yang menggariskan perancangan pembangunan sukan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang secara lebih komprehensif, bersepadu dan kolektif.

"Selain daripada membudayakan sukan, PYC akan memperhebatkan usaha melonjak pembangunan bakat, pemerkasaan sukan dan menjana pendapatan penduduk setempat," katanya.