Promosi 500 produk tempatan sepanjang LTdL 2019

Iklan
Zainal Abidin (kanan) mengiringi Ahmad Faizal (dua, kiri) dan Abdul Yunus (dua, kanan) mengadakan lawatan ke premis usahawan yang menyertai program MBB sempena acara LTdL 2019 di Taiping, hari ini.

TAIPING - Sekurang-kurangnya 500 produk tempatan meliputi pelbagai komponen bakal dipromosi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) melalui perlaksanaan program Mybest Buy (MBB) sepanjang penganjuran perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019 pada 6 hingga 13 April ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Fama, Zainal Abidin Yang Razalli berkata, pihaknya akan menganjurkan program MBB di setiap enam lokasi lokasi daripada keseluruhan lapan garisan penamat iaitu Tampin; Melaka; Putrajaya; Taiping; Pantai Cenang dan Pekan Kuah (Langkawi).

Iklan
Iklan

Menurutnya, penganjuran program MBB bersempena program sukan perlumbaan basikal bertaraf dunia itu adalah julung kali dilaksanakan Fama setelah LTDL dianjurkan sebanyak 24 edisi sejak tahun 1996.

"Bagi setiap lokasi garisan penamat, Fama memperuntukkan tempat kepada 40 hingga 50 usahawan setempat untuk memasarkan produk dihasilkan mereka meliputi komponen perniagaan 'foodtruck', barangan industri asas tani dan pemakanan.

Iklan

"Selain itu, Fama turut memastikan beberapa produk unik dihasilkan Fama atau agensi kerajaan berkaitan lain seperti Laksa Kuala Kangsar, produk biskut kelapa dan jus durian belanda dipasarkan di setiap program MBB.

"Inisiatif itu penting bagi memastikan ianya mendapat perhatian bukan sahaja masyarakat setempat, bahkan pengunjung luar negara yang datang menonton acara LTdL 2019," katanya kepada media selepas majlis pelancaran program MBB Sempena LTdL 2019 di Dataran Warisan, di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Faizal (kanan) menyempurnakan gimik perasmian program MBB sempena acara LTdL 2019 di Taiping sambil diiringi Zainal Abidin (dua, kanan).

Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu turut dihadiri Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur,Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari.

Zainal Abidin berkata, pihaknya turut menyasarkan nilai jualan keseluruhan produk tempatan melalui program MBB di sepanjang acara LTdL 2019 mencapai RM500,000.

Bagaimanapun, beliau menegas hasrat utama Fama adalah memastikan produk-produk tempatan diketengahkan termasuk produk Agromas ke pasaran tempatan dan mendapat liputan masyarakat antarabangsa.

"Sehingga Mac 2019, program MBB sudah mengumpul nilai jualan RM53 juta sejak tahun 2014 dan beroperasi di 177 lokasi secara tetap dan bermusim di seluruh negara yang melibatkan 2,746.

"Bagi program MBB sempena acara LTdL, perbincangan dengan pihak penganjur dan kerajaan menampakkan hasil positif dan Fama yakin ianya akan diteruskan dengan persediaan lebih rapi pada tahun hadapan," katanya.