Lelaki rentung kereta terbakar

Iklan
Anggota bomba memeriksa kenderaan yang terbakar dalam kejadian di Taman Iramas, Kolombong, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian di Taman Iramanis, Kolombong di sini, kira-kira jam 9 pagi pada Ahad.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Mudi Pangiran berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.21 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut maklumat, sebuah kereta jenis Toyota Spacio terbakar 80 peratus dan terdapat seorang mangsa lelaki di bahagian pemandu telah rentung seratus peratus dalam kebakaran itu.

"Mayat mangsa yang belum diketahui identiti itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 9.27 pagi.

"Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 12 tengah hari," katanya.

Iklan