PN selesai agih kerusi, Bersatu umum calon sehari dua

Iklan
Mohamed Azmin

KUALA LUMPUR - Pengagihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah selesai dan parti komponen, Bersatu, akan mengumumkan senarai calonnya dalam 'sehari dua lagi', kata Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PN dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Iklan
Iklan

Mohamed Azmin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata Bersatu telah memuktamadkan calon PRU15 parti itu yang akan diumumkan dalam tempoh satu dua hari.

"Tumpuan kita untuk pilihan raya ini adalah mewujudkan gabungan kerajaan yang kuat, bersih serta dapat menjamin masa depan rakyat dan negara,’’ katanya yang juga merupakan Pengerusi PN Selangor.

Iklan

Mohamed Azmin berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Transformasi Pendidikan Bersama-sama Komuniti di Dewan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRU15 pada Sabtu ini (5 November), hari pengundian pula pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Iklan