PASANGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakukan kejutan apabila muncul juara Terbuka Perancis selepas menumbangkan bekas juara dunia dua kali dari Jepun, Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara sebentar tadi.
Beraksi di Stade Pierre de Coubertin, Paris pasangan yang berada di ranking ke-11 dunia itu bermula cemerlang apabila memenangi set pertama dengan kiraan mata 21-19.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun kecemerlangan itu gagal diteruskan pada set kedua apabila akur tumpas 18-21 kepada pilihan keempat kejohanan itu.
Pearly-Thinaah kemudiannya berjaya meraih kemenangan mutlak selepas mengungguli set ketiga 21-15 sekali gus meraih gelaran pertama mereka untuk tahun ini.
Untuk rekod Terbuka Perancis merupakan gelaran kedua buat mereka dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland, tahun lalu.