GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal terus membuktikan keterampilan kelab London itu dalam mencabar kejuaraan liga dari Manchester City apabila membelasah Nottingham Forest 5-0 di Stadium Emirates pada Ahad.
Kemenangan ke-10 selepas mengharungi 12 perlawanan liga itu menyaksikan anak buah Mikel Arteta merampas kembali kedudukan peneraju daripada angkatan Pep Guardiola yang menang tipis 1-0 ke atas Leicester City ketika melakukan kunjungan di Stadium King Power pada Sabtu.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan tampil di London dengan pengharapan berbeza dengan Arsenal mencari penawar kekalahan 0-2 dalam saingan Kumpulan A Liga Europa kepada jagoan Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven di Philips Stadion 28 Oktober lalu.
Sementara itu, Nottingham Forest yang masih segar dengan kemenangan sensasi 1-0 ke atas Liverpool, pula memburu kemenangan ketiga liga dalam usaha mengangkat keluar kelab Liga Kejuaraan yang baru musim pertama dalam Keluarga EPL.
Arsenal bermula garang apabila Gabriel Martinelli meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kelima sebelum anak buah Steve Cooper mempertahankan kedudukan itu sehingga kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Reiss Nelson yang menggantikan Bukayo Saka pada separuh masa pertama menambah dua lagi gol pada minit ke-49' dan 52' bagi melebarkan kedudukan.
Bintang Ghana, Thomas Partey juga tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-57 selepas menyudahkan sentuhan Nelson.
Martin Ødegaard kemudian melengkapkan perlawanan pesta gol The Gunners dengan gol minit ke-78', selepas menterjemahkan sentuhan Gabriel Jesus.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan terbesar Arsenal di liga berprestij utama Inggeris ke atas Nottingham Forest, selain The Gunners menang dengan lebih lima gol di bawah Arteta dalam Liga Perdana Inggeris untuk kali kedua selepas catatan 5-0 ke atas Norwich pada Disember tahun