Aku janji calon BN elak lompat parti

Iklan
SAARANI. Foto: Pejabat MB Perak

IPOH - Semua calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) wajib menandatangani aku janji bagi mengelak insiden lompat parti selepas PRU lalu berulang.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peristiwa beberapa ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bertindak keluar parti menyertai lawan selepas PRU14 menjadi pengajaran penting.

Iklan
Iklan

"Kita belajar daripada kesilapan dahulu, maka kali ini ada aku janji yang akan ditandatangani oleh calon-calon supaya mereka tak sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melompat.

"Jadi siapa nak jadi calon itu, dia kena bersetuju untuk menandatangani aku janji itu. Kalau dia tak bersetuju ramai lagi orang nak jadi calon. Kita belajar dari kesilapan itu," katanya kepada pemberita dalam satu temubual khas di Laman Seri Ridzuan pada malam Ahad.

Iklan

Sementara itu, mengenai pemilihan calon, Saarani berkata, BN sentiasa berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam memilih calon untuk ditempatkan di posisi yang betul.

Menurutnya, BN Perak akan mendapat senarai penuh calon-calon yang bertanding pada Selasa (1 November) dan pengumuman secara rasmi akan dibuat pada 2 November.

Iklan

"Walau apapun cabaran yang dikemukakan oleh calon-calon daripada parti lain, tapi kita tak ada masalah sebab kita dah ada calon. Cuma sekarang di peringkat penyesuaian.

"Ada orang perlu dibawa ke Parlimen daripada Dewan Undangan Negeri (DUN), ada orang daripada Parlimen bawa ke DUN, ada orang mungkin tukar DUN kerana kita menilai kekuatan dan kelemahan seseorang dan juga keperluan-keperluan untuk mereka diletakkan di tempat yang betul," katanya.