Pecat ahli langgar disiplin perkara biasa: Mat Sabu

Iklan
Mohamad ketika menyampaikan ucapan sempena Jelajah Mega Harapan Perak di Pasar Tambun pada Ahad.

IPOH - Pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Beliau berkata, amalan itu bukanlah sesuatu yang asing dan berlaku dalam parti-parti lain termasuk Pas.

Iklan
Iklan

"Dulu dalam parti Pas lama dulu, Datuk Asri (Allahyarham Datuk Asri Muda) (bekas Presiden Pas) pun diambil tindakan disiplin," katanya ketika ditemui pemberita sempena Jelajah Mega Harapan Perak di Pasar Tambun di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemecatan bekas Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kerana didapati melanggar perlembagaan parti.

Iklan

Phahrolrazi dikatakan mengingkari keputusan dan melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti selepas tidak berpuas hati, kerusi Parlimen Jerai diserahkan kepada DAP untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada Sabtu, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff sebagai calon di kerusi Jerai, satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi DAP di Kedah.

Iklan

Selain kerusi Jerai, turut menjadi pertikaian antara Amanah dan DAP adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong apabila kedua-dua parti berkenaan menamakan calon masing-masing bagi mewakili PH.

Mengulas perkara berkenaan, Timbalan Pengerusi PH itu berkata, dua kerusi iaitu Parlimen Jerai dan DUN Changkat Jong telah dimuktamadkan untuk ditandingi DAP.

"Amanah tak ada bantahan apa-apa dan kita juga tiada masalah dengan DAP akan keputusan itu," katanya.