Orang Gerik takkan pilih DAP

Iklan
Saarani

IPOH - Kehadiran calon Melayu daripada DAP di kerusi Parlimen Gerik tidak akan memberi kesan kepada pengundi di kawasan tersebut.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, begitu juga dengan kehadiran mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong yang tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bukan kali pertama DAP meletakkan calon mereka di kerusi Parlimen Gerik kerana sebelum ini mereka pernah menentang bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh dan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

"Tapi macam kita tahulah, dia pergi letak calon Melayu di situ hanyalah untuk say hello sajalah.

Iklan

Menurutnya, calon DAP yang akan bertanding di kerusi Parlimen Gerik itu pun dari Parit dan bukan orang tempatan.

Pada 29 Oktober lalu, DAP mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Cawangan Parlimen Parit, Ahmad Tarmizi Mohd Jam bertanding di kerusi itu pada PRU15.

Iklan

Keputusan meletakkan Ahmad Tarmizi, 53, atas tiket PH itu adalah strategi baharu dibawa parti berkenaan dengan matlamat menawan kerusi-kerusi pengundi Melayu.