Ujian mental, fizikal Tottenham di Marseille

Iklan
Harry Kane - Foto AGENSI

HARRY Kane menggesa para pemain Tottenham Hotspur untuk lebih bersedia mental dan fizikal dari awal menjelang perlawanan penting berdepan kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille di Stade Velodrome pada Rabu.

Spurs menuju ke Perancis dengan mengetahui angkatan Antonio Conte itu memerlukan satu mata untuk layak ke pusingan 16 terakhir, namun berharap sekurang-kurangnya bergerak dengan momentum berikutan kemenangan dramatik 3-2 di Bournemouth pada Ahad.

Iklan
Iklan

Di Stadium Vitality, anak buah Conte ketinggalan 2-0 selepas 50 minit, namun pacuan jaringan pantas Ryan Sessegnon dan Ben Davies memulihkan keseimbangan sebelum pemain gantian Rodrigo Bentancur menjaringkan gol pemusnah pada minit kedua masa kecederaan.

Tiga mata di laman The Cherries itu menamatkan tiga perlawanan tanpa kemenangan Tottenham, sekali gus menaikkan semangat menjelang minggu kritikal apabila mereka bukan sahaja berdepan Marseille namun menjadi tuan rumah kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Iklan

"Kami perlu bersedia mental dan fizikal untuknya dan ada satu lagi perlawanan besar pada Isnin iaitu menentang Liverpool.

"Secara keseluruhan, ia adalah amat penting untuk kembali ke landasan kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris. Ia mengekalkan kami di kelompok sana, dalam dan sekitar bahagian teratas.

Iklan

"Ia juga penting untuk momentum dan kini kami pergi ke Marseille dengan perasaan yang baik," kata Kane.

LIGA JUARA-JUARA

RABU (2 NOVEMBER)

Porto lwn Atletico Madrid, 1.45 pagi

Bayer Leverkusen lwn Club Brugge, 1.45 pagi

Bayern Munich lwn Inter Milan, 4 pagi

Liverpool lwn Napoli, 4 pagi

Marseille lwn Tottenham Hotspur, 4 pagi

Rangers lwn Ajax Amsterdam, 4 pagi

Viktoria Plzen lwn Barcelona, 4 pagi

Sporting Lisbon lwn Eintracht Frankfurt, 4 pagi