BERLIN - Dua aktivis alam sekitar melekatkan diri pada tiang logam yang menyokong rangka tulang dinosaur di Muzium Sejarah Alam Berlin pada hari Ahad untuk membantah dasar iklim kerajaan Jerman.
Ia adalah aksi terbaharu pejuang iklim di sebuah muzium, selepas karya seni terkenal disasarkan dengan cara yang berbeza di seluruh Eropah.
Di Berlin, dua wanita yang memakai jaket oren melekat pada tiang logam yang menyokong rangka dinosaur yang berusia lebih 60 juta tahun sambil memegang sepanduk bertulis:"Bagaimanakah jika kerajaan tidak mengawalnya?"
Salah seorang wanita, Caris Connell berkata, dia takut kebakaran hutan, kekurangan air, kelaparan dan peperangan.
"Dinosaur mati kerana mereka tidak dapat menahan perubahan besar pada iklim. Itu juga mengancam kita," tambah lelaki berusia 34 tahun itu seperti dilaporkan AFP.
Aktivis lain, Solvig Schinkoethe berkata, sebagai ibu kepada empat anak, dia berasa bimbang dengan masalah perubahan iklim.
"Penentangan secara aman adalah cara yang kami pilih untuk melindungi anak-anak kami daripada kejahilan kerajaan yang membawa maut,” kata lelaki berusia 42 tahun itu.
Mereka menggesa kerajaan di Berlin mengambil langkah pantas untuk mengurangkan pelepasan karbon seperti menetapkan had laju di lebuh raya dan memperkenalkan pengangkutan awam yang lebih berpatutan.
Pihak muzium berkata, polis menamatkan kejadian itu dalam masa kurang sejam.
Terdapat kerosakan harta benda dan tuduhan jenayah telah difailkan, katanya dalam satu kenyataan.
Aktivis tersebut adalah daripada kumpulan Last Generation yang awal bulan ini menyimbah kentang tumbuk pada lukisan Les Meules milik Claude Monet bernilai AS$111 juta (RM524.86 juta) di Muzium Barberini di Potsdam, Jerman. - Agensi