PRU15: UPKO tanding lima kerusi Parlimen

Iklan
Madius (tengah) bergandingan bersama empat lagi calon UPKO ketika sidang akhbar pengumuman calon UPKO di Ibu Pejabat UPKO, Penampang pada Isnin.

PENAMPANG - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengekalkan Presidennya, Datuk Seri Madius Tangau bertanding di Parlimen Tuaran dan Naib Presidennya, Datuk Ewon Benedick bertanding di Parlimen Penampang pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

UPKO turut menampilkan tiga calon lain iaitu Timbalan Ketua Penerangan UPKO yang juga Setiausaha Wanita UPKO, Rowindy Lawrence, 40, sebagai calon di Parlimen Kimanis.

Iklan
Iklan

Ketua Pemuda UPKO yang juga Ketua Bahagian UPKO Beluran, Felix Joseph Saang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Beluran.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung UPKO merangkap Ketua Bahagian UPKO Libaran, Dr Peter Naintin dinamakan sebagai calon Parlimen Libaran.

Iklan

Madius berkata, proses pemilihan calon melalui tempoh masa yang panjang di peringkat dalaman parti.

"Pemilihan calon melalui proses dalaman parti dan proses ini telah mengambil proses yang diterima semua pihak dalaman parti dan kita persembahkan calon-calon yang terbaik untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan," katanya dalam sidang akhbar pengumuman calon di Ibu Pejabat UPKO di sini pada Isnin.

INFO: -

Calon Parlimen UPKO

P170 Tuaran- Datuk Seri Madius Tangau

P174 Penampang-Datuk Ewon Benedick

P176 Kimanis- Rowindy Lawrence

P184 Libaran- Dr Peter Naintin

P183 Beluran- Felix Joseph Saang

Iklan