PRK Rantau: Bantu kempen, itu pilihan saya, kata PM

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto: Zahid Izzani

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pasti sama ada akan membantu calon PH, Dr S Streram berkempen saat akhir menjelang PRK DUN Rantau, Sabtu ini.

Pengerusi PH itu berkata, keputusannya untuk turun berkempen di Rantau adalah pilihannya sendiri.

Iklan
Iklan

"Itu pilihan saya... kalau saya nak pi (pergi ke Rantau) saya pi," katanya ringkas pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran Tun M tingkat gelombang sokongan: Streram

Iklan

Pada 8 April lalu, Streram berharap Dr Mahathir dapat membantunya berkempen menjelang PRK Rantau, 13 April ini.

"Saya terima siapa saja yang turun. Tapi sudah tentu saya harap Dr Mahathir turun sendiri ke Rantau untuk beri sokongan kuat kepada saya kerana saya hanya mengetahui sokongannya terhadap saya di surat khabar.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Streram harap Tun M turun kempen

"Saya diberitahu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan beliau untuk dapatkan kepastian sama ada turun atau tidak," katanya.

Terdahulu media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dr Mahathir memberikan sokongan padu kepada Streram.