PM Korea Selatan gesa henti siar rakaman tragedi Itaewon

Iklan
Duck Soo (dua dari kiri) meminta orang ramai menghentikan perubatan komen kebencian dan penyebaran video tragedi Itaewon. Foto EPA

SEOUL - Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo pada Isnin menyeru orang ramai supaya tidak menyiarkan komen berunsurkan kebencian atau berkongsi rakaman dan maklumat yang tidak sah mengenai rempuhan maut yang mengorbankan lebih 150 nyawa pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Saya merayu agar pengguna media sosial menghentikan tindakan seperti ini" kata Duck Soo dalam sesi mesyuarat maklum balas kerajaan pusat.

Iklan
Iklan

Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan kepada ahli keluarga mangsa mengenai prosedur pengebumian termasuk mereka yang di luar Seoul dan dari luar negara.

Insiden berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di Itaewon, Seoul.

Iklan

"Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh punca kemalangan dan melakukan yang terbaik bagi menyemak semula dasar yang diperlukan supaya tragedi seperti itu tidak berulang," katanya.

Beliau juga meminta majlis perbandaran Seoul dan pejabat Yongsan Ward untuk meningkatkan usaha tindak balas termasuk menjalankan upacara keagamaan.

Iklan

Duck Soo turut menyampaikan penghargaannya kepada orang ramai yang terlibat dalam usaha menyelamat di tempat kejadian. - Bernama