'Saya terima mana-mana kawasan' - Khairy

Iklan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung kedudukannya sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, keputusan senarai calon akan diumumkan BN tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Khairy berkata demikian mengulas mengenai laporan bahawa beliau hampir pasti disahkan sebagai calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Sekiranya perkara itu benar, Khairy dijangka berdepan dengan Timbalan Ketua Penerangan I Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk R Ramanan bagi menggantikan penyandangnya, R Sivarasa yang digugurkan.

Iklan

BN dijadual mengumumkan senarai calon pada Selasa.

Iklan