Polis rakam video, gambar sepanjang pilihan raya

Iklan
Simulasi Latihan Amal mempamerkan persediaan anggota LFS IPD Ipoh dalam menangani situasi rusuhan ketika penanaman calon. (Gambar kecil: Mohd Yusri)

IPOH - Polis meningkatkan pemantauan dengan merakam video dan gambar sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, rakaman itu dijadikan bukti penugasan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang sepanjang proses PRU yang akan bermula Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Orang ramai mempunyai telefon, gambar dan video boleh diambil bila-bila masa. Kita akan merakam dan mengambil gambar setiap penugasan dilakukan bagi mengelak salah faham.

"Saya mengingatkan kepada semua anggota untuk menjalankan tugas dengan penuh profesional dan berhemah berpandukan peraturan yang diberikan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Simulasi Latihan Amal Unit Tempur Ringan (LFS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Stadium Indera Mulia di sini pada Isnin.

Simulasi Latihan Amal LFS turut membabitkan pasukan bomba yang membantu memadam kebakaran sebuah kereta.

Mohd Yusri berkata, seramai 1,567 pegawai dan anggota IPD Ipoh akan diaturgerakkan bagi melaksanakan tugas bermula fasa penamaan sehingga pasca pilihan raya.

Iklan

Tambahnya, anggota ditugaskan untuk menjaga keselamatan 150 pusat mengundi dan 982 saluran di tiga kawasan Parlimen di Ipoh dan dua kawasan Parlimen bertindih.

"Semua kesiapsiagaan yang telah dijalankan itu diharap dapat membantu semua pihak menjayakan pelaksanaan pilihan raya nanti," katanya.