Wai Ching tawan menara di Vietnam

Iklan
Aksi Wai Ching ketika menaiki tangga Menara Bitexco Financial di Ho Chi Minh. - Foto Facebook Soh Wai Ching

JAGUH larian menara negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli Vietnam HCMC Skyrun 2022 di Ho Chi Minh, pada Ahad.

Wai Ching muncul juara keseluruhan selepas mencatat masa 4 minit 54 saat (s) di Menara Bitexco Financial di Ho Chi Minh meninggalkan saingan rapatnya dari Jepun, Takaaki Koyama di tempat kedua (5:35s) dan tempat ketiga milik atlet tempatan, Le Thanh Hung (5:57s).

Iklan
Iklan

Lebih manis, Wai Ching turut membantu Persatuan Larian Menara Malaysia memenangi saingan dalam acara berpasukan bersama dua lagi atlet, Low Keng Yik dan Ervin Nuing Smail dengan catatan 6:56s.

Pasukan Run Junior terdiri daripada Tran Quoc Anh Hao, Do Khanh Duy dan Tai Henry meraih tempat kedua, manakala Nguyen Nham Phat, Nguyen Son Ha dan Pham Ngoc Phat daripada pasukan VILO di tempat ketiga.

Iklan

Sebelum ini, Wai Ching mencipta sensasi apabila menjuarai empat larian menara berturut-turut di Amerika Syarikat (AS).

Atlet berusia 28 tahun itu memenangi larian menara US Bank Tower di Los Angeles pada 30 September dan diikuti Space Needle Tower di Seattle pada 2 Oktober.

Iklan
Aksi Wai Ching ketika menaiki tangga Menara Bitexco Financial di Ho Chi Minh. - Foto Facebook Soh Wai Ching

Wai Ching kemudian mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Empire State Building Run-Up di New York pada 6 Oktober dan melengkapkan jelajah AS dengan mengungguli Tunnel to Towers Tampa, Florida pada 8 Oktober. - Bernama