KANGAR - Tindakan jentera pilihan raya UMNO Bahagian Arau menutup bilik gerakan dan menurunkan bendera BN menguatkan lagi spekulasi Datuk Seri Shahidan Kassim tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam satu hantaran melalui Facebook beliau, Shahidan berkata, tindakan menutup bilik gerakan dan menurunkan bendera BN itu adalah kali pertama dalam sejarah di kawasan parlimen tersebut.
"Malam ini malam kesedihan teramat sangat.
"Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan," katanya menerusi Facebooknya di sini pada Isnin.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa penyandang Parlimen Arau itu akan digugurkan bersama penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pada PRU kali ini.
Berdasarkan rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau sejak Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.