Piala Malaysia: Kuching City mara ke suku akhir

Iklan
Pemain Kuching City FC dan Penang FC berebut bola di pintu gol Penang FC pada saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri, malam Isnin. - Foto Bernama

KUCHING City FC melakar kejutan apabila mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Penang 2-1 untuk menang secara agregat 4-3.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pelawat yang dihasilkan pemain import Penang FC, Lucas Silva pada minit ke-22.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan gol tersebut, Kuching City kembali mengatur semula corak permainan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang gol berjaya dihasilkan Kuching pada babak pertama sekaligus menyaksikan Penang berjaya mendahului pada babak pertama dengan kelebihan satu gol

Iklan

Memasuki babak kedua, tuan rumah menampilkan aksi berbeza berbanding apa yang ditampilkan pada babak pertama.

Gol yang dinanti-nantikan Kuching City akhirnya tiba pada minit ke-62 menerusi sepakan percuma Mohamad Alif Hassan yang menewaskan penjaga gol Penang, Hafizul Hakim.

Iklan

Kedua-dua pasukan cuba untuk mencari gol tambahan, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan pada masa penuh sekali gus memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan.

Ketika perlawanan seolah akan ditentukan menerusi sepakan penalti, Wan Faiz Wan Sulaiman menjadi wira buat Kuching City apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya pada minit akhir masa tambahan.

Menanti Kuching City di suku akhir nanti adalah Sabah FC yang mara selepas menang secara agregat 3-2 ke atas UiTM FC dalam satu lagi aksi suku akhir Piala Malaysia.