KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduk Aziz mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebook miliknya sembilan jam yang lalu pada Isnin.
Hantaran tersebut mendapat perkongsian sebanyak 139 dan lebih 1,300 komen telah ditinggalkan berkait dengan status berkenaan.
Iklan
Iklan
Pada masa yang sama anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut membuat satu hantaran yang menggambarkan perasaannya ketika ini pada dua jam lalu.
"Hati ibarat cermin. Jika ia bersih, kita melihat hakikat. Jika ia berkarat atau berdebu, kita hanya meneka. Kerana hati yang kotor, manusia hanya meneka dunia, bukan melihat hakikatnya. Begitulah kesesatan berlaku," katanya.
Sebelum ini, khabar angin tersebar mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas itu tidak tersenarai sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.