Bidoglio gembira prestasi pemain

Iklan
Bidoglio - Foto Johor Southern Tigers.jpg

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio gembira dengan prestasi dipamerkan kesebelasan pemain yang diturunkan pada aksi kedua pusingan 16 TM Piala Malaysia 2022 berdepan PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin.

Menurut Bidoglio, biarpun ‘merehatkan’ ramai pemain regular, namun pemain yang diturunkan berjaya membuktikan mereka juga memiliki kualiti yang sama seperti pemain berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sememangnya kami berbangga dengan pemain-pemain yang diturunkan malam ini (Isnin)... betul kita merehatkan ramai pemain berdasarkan kepada situasi semasa.

"Apa pun, secara keseluruhannya ia bukanlah satu perlawanan yang mudah, namun kami gembira pemain-pemain berjaya merealisasikan misi kemenangan ini dan mara ke suku akhir,” katanya pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu, skuad JDT mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia hasil kemenangan 2-0, (6-0) secara agregat.

Skuad Harimau Selatan itu menang 4-0 pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 26 Oktober lalu.

Iklan

Sementara itu, Bidoglio mengakui berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain pertahanan, Jordi Amat pada perlawanan berkenaan.

Katanya, pemain berusia 30 tahun itu juga dilihat memiliki skil serta kualiti tersendiri yang boleh membantu kejayaan pasukan.

"Bagi saya, dia (Jordi) merupakan seorang pemain yang bagus selain dan dia telah membuktikannya malam ini.

"Bagi saya, jika dia terus konsisten dengan aksi sebegitu, saya yakin dia akan membantu memberikan sumbangan bermakna kepada pasukan kelak,” katanya.