Pogba tidak ikut Perancis pertahankan Piala Dunia

Iklan
Pogba - Foto Agensi

PEMAIN tengah Perancis, Paul Pogba diketepikan daripada skuad Les Blues ke Piala Dunia 2022 di Qatar berikutan kecederaan, menurut ejennya.

Bekas bintang Manchester United itu yang menjulang Piala Dunia bersama Perancis edisi Rusia 2018, menjalani pembedahan lutut pada September selepas perpindahannya ke Juventus tidak akan pulih tepat pada masanya untuk Qatar 2022

Iklan
Iklan

Pogba sebelum ini meneruskan latihan minggu lalu didapati mengalami kecederaan terbaharu di bahagian lutut lain.

"Atas sebab ini, Paul tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum cuti rehat Piala Dunia mahupun skuad Perancis di Qatar. Jika situasi luar biasa berlaku mungkin Paul akan bermain esok,” kata ejen Pogba, Rafaela Pimenta.

Iklan

Untuk rekod, rakan Pogba yang memenangi Piala Dunia, N'Golo Kante dari Chelsea, sebelum ini juga diketepikan daripada temasya itu kerana kecederaan hamstring.

Pogba mencipta sensasi apabila menjaringkan salah satu gol pada minit ke-59', ketika Perancis menjinakkan Croatia 4-2 Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018 di Stadium Luzhniki.

Iklan

Les Blues akan menyingkap kempen Kumpulan D di Qatar 2022 menentang Denmark, Australia dan Tunisia yang bermula pada 20 November.

Sementara itu, gergasi Serie A, Juventus tidak menyatakan secara spesifik tempoh masa untuk penampilan semula peledak semula jadi Perancis tersebut, sebaliknya hanya menyatakan bahawa dia perlu meneruskan program pemulihannya.