2,913 kes baharu Covid-19, 9 kematian

Iklan
Malaysia merekodkan 2,913 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Foto hiasan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,913 kes baharu Covid-19 dengan tujuh daripadanya merupakan kes import pada Isnin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,867,511.

Iklan
Iklan

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, terdapat sembilan kematian yang dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,485 orang.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 31,507 kes aktif di seluruh negara dengan 29,973 pesakit dikuarantin di rumah dan 1,407 menerima rawatan di hospital.

Iklan

Data itu juga menunjukkan 56 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,833 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,837,886.

Iklan