PRU15: PN yakin peroleh majoriti dua pertiga

Iklan
Abdul Hadi berucap pada program Ceramah PRU15 Bersama Presiden Pas di Arau pada Isnin.

ARAU - Perikatan Nasional (PN) optimis mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis dilihat mampu membantu gabungan parti itu memenangi PRU15 dengan majoriti besar.

Iklan
Iklan

"Akan dapat lebih daripada majoriti mudah, kita (PN) akan dapat ‘two-thirds majority’. Campur semua dengan parti Gerakan dengan parti di Sabah dan Sarawak, boleh dapat majoriti dua pertiga.

"Di Semenanjung, sasaran kita seboleh-bolehnya dapat majoriti besar. Kelantan, Terengganu, Kedah termasuk Perlis dan Pahang dijangka boleh membawa majoriti besar,” katanya kepada pemberita selepas program Ceramah PRU15 Bersama Presiden Pas di sini pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas memberitahu, parti menyasarkan sekurang-kurangnya menang 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU15.

"Kita akan berusaha sekurang-kurangnya memenangi 40 kerusi dan kalau boleh dapat lebih lagi. Ini kerana berdasarkan ‘post-mortem’ yang dilakukan pada PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor didapati pengundi PH (Pakatan Harapan) pada PRU14 tidak lagi mereka lagi.

Iklan

"Tak undi BN. Sebahagian undi kita, sebahagian tak undi mungkin protes. Kita harap pada kali ini mereka keluar mengundi, tahun ini (PRU15) sokongan terhadap kita boleh meningkat,” ujarnya.

Ditanya mengenai baiah, Abdul Hadi menjelaskan, hanya calon-calon Pas yang terikat dengan baiah manakala parti-parti gabungan lain dalam PN mempunyai aku janji yang perlu ditandatangani bagi membolehkan seseorang itu bertanding pada PRU15.