ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan jenis Nissan di Jalan Pekan Nenas-Ulu Pulai Berhampiran Depoh Imigresen, Pekan Nenas, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisoner Rahmat Ariffin, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Perodua Myvi itu terbabas hingga memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan.