KOTA BHARU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon Parlimen negeri Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam gabungan itu.
Setiausaha PH Kelantan, Rushdan Mustafa berkata, majlis memperkenalkan calon itu dijadualkan berlangsung di Bilik Gerakan Utama PH, Kampung Membunga, Machang pada Rabu (2 November 2022) pada jam 9 malam.