PENGENDALI Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim mengakui kehadiran dan sorakan penonton pada perlawanan timbal balik kedua menyumbang kepada kejayaan mereka mara buat kali pertama ke peringakt suku akhir Piala Malaysia 2022.
Menurut Irfan, selain kehadiran penyokong ke stadium, beliau turut mengakui aksi yang ditampilkan pemain-pemainnya yang langsung tidak memperlahankan tempo permainan antara kunci kepada kemenangan mereka pada aksi tersebut.
"Kalau kita lihat sebelum ini bila kami memasukkan pemain gantian, ada diantara mereka tidak perform, tapi kali ini semua yang dibawa masuk berkasi beraksi dengan baik. Mungkin sebab kehadiran penyokong ia menaikkan semangat mereka.
"Secara keselurhan saya berbanmgga dengan aksi yang ditampilkan mereka. Mereka langsung tidak memperlahankan tempo permainan sejak dari mula hingga ke masa tambahan.
"Jadi saya harap situasi sama akan berlaku ketika menentang Sabah di pusingan suku akhir nanti,”katanya kepada media pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching City melakar kejutan apabila mara
Ke pusingan suku akhir Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan Penang 2-1 untuk menang secara agregat 4-3.
Wan Faiz Wan Sulaiman menjadi wira buat Kuching City apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya pada minit akhir masa tambahan selepas kedua-dua pasukan oitu seri pada masa sebenar.