PRU15: GRS-BN umum calon esok

Iklan

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN Sabah akan mengumumkan calon masing-masing secara serentak menerusi satu majlis pengumuman di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Rabu.

Menerusi surat jemputan yang dikeluarkan kepada media oleh GRS dan BN pada Selasa memaklumkan majlis itu diadakan serentak antara kedua-dua parti berkenaan.

Iklan
Iklan

Majlis pengumuman dijangka bermula pada jam 2 petang dan dihadiri oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Dalam atur cara yang telah disediakan, kedua-dua pemimpin akan berucap sebelum pengumuman serta penyampaian watikah disampaikan kepada calon.

Iklan

Sebelum ini, kedua-dua kerjasama membabitkan gabungan parti di Sabah bersama BN itu telah mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi Parlimen di negeri ini.

Difahamkan, pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu mempunyai formula tersendiri yang dipersetujui kedua-dua gabungan parti berkenaan.

Iklan

Setakat ini, parti di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) Sabah sudah mengumumkan sebanyak 24 kerusi Parlimen yang akan mereka tandingi manakala Parti Warisan turut mengumumkan seramai 12 calon mereka setakat ini.

Warisan yang akan bertanding di semua 26 kerusi termasuk Labuan turut dijadualkan akan membuat pengumuman keseluruhan calon mereka pada Khamis ini di Kota Kinabalu.