JDT, Borussia Dortmund imbau memori 2015

Iklan
Foto ihsan JDT.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengalu-alukan kunjungan gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 November.

"Kami berbangga untuk mengalu-alukan kehadiran Borussia Dortmund untuk perlawanan persahabatan kelab antarabangsa bertemu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik sebagai sebahagian dari Jelajah Asia BVB 2022.

Iklan
Iklan

"JDT dan gergasi Jerman ini sudah mempunyai kerjasama yang baik sejak kolaborasi akademi dan perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Larkin pada tahun 2015.

Sementara itu, wakil kelab Jerman itu Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Komersil, Benedikt Scholz berkata, teruja dan gembira dapat kembali semula ke Johor Bahru untuk bertemu rakan lama dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim.

Iklan

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu adalah pada tahun 2015.

"Pasukan kami tidak sabar untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih dan bertemu dengan peminat dan penyokong di Malaysia sekali lagi," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Borussia Dortmund Asia Pasifik, Dr Suresh Letchmanan berkata, menghargai jalinan kerjasama dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan Tunku Mahkota Johor.

"Atas sebab itu kami berbesar hati kerana dapat melangsungkan perlawanan ini sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia BVB 2022.

"Kami di BVB teruja untuk mengulangi kembali perlawanan yang pernah berlangsung pada 2015 dan menjangkakan sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan," katanya.