BN Tenggara mahu Adham kekal

Iklan
Nasaruddin (tengah) pada sidang akhbar bersama ketua parti komponen, kesemua 26 ketua pusat daerah mengundi (PDM) juga 45 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tenggara di Pejabat UMNO Bahagian Tenggara.

KOTA TINGGI - BN Parlimen Tenggara sebulat suara menyokong Datuk Seri Dr Adham Baba kekal sebagai calon Parlimen Tenggara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengarah BN Tenggara, Nasaruddin Ahmad berkata, sekiranya Adham tidak dicalonkan, ia dikhuatiri akan menggugat kemenangan Parlimen Tenggara yang merupakan kubu kuat BN dan UMNO Johor.

Iklan
Iklan

"Adham adalah calon wali (winnability boleh menang, acceptability, kebolehterimaan dan likeability, disenangi) dan sudah buktikan selama jadi ahli Parlimen di sini dan kemudian dinobatkan sebagai menteri, beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Kami sebulat suara bawa satu nama sahaja di Parlimen Tenggara. Inilah suara kami bukan atas dasar melobi tetapi sudah dibuktikan bahawa Adham layak menjadi pemimpin dan layak dicalonkan pada PRU15," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar solidariti bersama Adham di Pejabat UMNO Bahagian Tenggara pada Selasa.

Ia turut dihadiri ketua parti komponen, kesemua 26 ketua pusat daerah mengundi (PDM) juga 45 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tenggara.

Iklan

Nasaruddin berharap kepimpinan tertinggi BN, UMNO memandang serius calon Parlimen Tenggara.

"Bagi kami tidak ada calon lebih layak lebih baik untuk persembahan melainkan Datuk Dr. Adham," katanya.

Sebelum itu timbul spekulasi melibatkan beberapa pemimpin 'heavyweight' daripada BN digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU15.

Ia melibatkan sebahagian besar anggota kabinet dari BN yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Antaranya ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim (Ahli Parlimen Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi); Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba ( Tenggara).