Prospek industri runcit 2023 membimbangkan: Samenta

Iklan
Forum Peruncitan Samenta yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.

DUA daripada tiga peruncit menjangkakan penurunan dalam nilai jualan dan volum pada 2023 sekali gus mengakibatkan golongan berkenaan kurang optimis dalam industri tersebut.

Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, keadaan itu juga didorong oleh ketidaktentuan politik dan ekonomi, peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan normalisasi belanja balas dendam pasca pandemik.

Iklan
Iklan

"Sektor peruncitan menyaksikan pemulihan pesat sejak pembukaan semula ekonomi. Pada Ogos lalu sebagai contoh, nilai jualan meningkat sebanyak 34.5 peratus kepada RM57 bilion.

"Hampir semua yang ditinjau optimistik dengan prospek jualan tahun ini namun para peruncit, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdepan dengan empat cabaran utama yang bukan sahaja melambatkan pemulihan tetapi turut mengekang matlamat untuk membina sektor peruncitan lebih dinamik sebagai tunjang utama ekonomi negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau memaklumkan, data-data tersebut diperoleh menerusi dua tinjauan terbaru Samenta iaitu Kajian Separuh Penggal PKS pada Julai lalu serta Tinjauan dan Ramalan Runcit 2023 pada September lepas.

Dalam pada itu William menjelaskan, empat cabaran yang dihadapi golongan peruncit melibatkan penurunan jualan, pemulihan yang perlahan berbanding syarikat besar, kenaikan kos secara mendadak serta kekurangan pekerja.

Forum Peruncitan Samenta yang dianjurkan di Petaling Jaya pada Isnin.

Iklan

Justeru katanya, Samenta kini giat bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membantu peruncit PKS yang terjejas.

"Ini termasuk inisiatif seperti Program Transformasi Digital dan Produktiviti PKS yang dilancarkan dengan kerjasama MPC untuk mengubah 1,000 peruncit PKS menjadi perniagaan sedia digital.

"Biasanya kami mahu perniagaan dibiarkan bersaing secara adil tanpa campur tangan pihak kerajaan. Namun ketika ini

adalah masa yang luar biasa dan kita perlukan intervensi kerajaan segera untuk membina semula keyakinan pengguna, membendung kenaikan kos dan melegakan kekangan tenaga kerja" jelasnya.