Rumah kongsi diserbu, barang kemas warga asing hilang

Iklan
Mohd Yusri

IPOH - Empat penjawat awam termasuk polis ditahan bagi membantu siasatan kehilangan barang kemas bernilai lebih RM14,000 milik seorang warga asing dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Pantai Remis pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, aduan kes itu diterima daripada seorang lelaki warga Myanmar yang memaklumkan barangan kemas milik rakan wanitanya yang tinggal di rumah kongsi terbabit telah hilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, barang kemas itu disedari hilang selepas rumah kongsi berkenaan didatangi empat penjawat awam terbabit yang kemudiannya melakukan penggeledahan.

"Lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan itu telah datang ke Balai Polis Pantai Remis untuk membuat laporan.

Iklan

Beliau berkata, kesemua yang ditahan telah direman sehingga Khamis ini bagi siasatan kes di bawah Seksyen 390 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.

"Siasatan masih dijalankan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini," ujarnya.

Iklan