KJ minta beri sokongan kepada calon Port Dickson

Iklan
Khairy dalam satu video pesanan ringkas

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap akan memberi sokongan kepada UMNO Port Dickson dan calon BN di kerusi tersebut, Datuk P Kamalanathan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelasnya, walaupun namanya tidak disenaraikan di kerusi berkenaan sebagaimana yang disebut-sebut sebelum ini, beliau berikrar akan tetap bersama Port Dickson.

Iklan
Iklan

"Saya tahu, ada rakan-rakan dari Port Dickson yang mengharapkan saya dan rakan-rakan datang ke Port Dickson untuk kita lawan dalam PRU15. Namun demikian, perancangan parti dan sebagainya, saya dihantar ke kawasan lain untuk meneruskan perjuangan.

"Saya ingin memberikan sokongan moral saya dan berikrar kepada rakan-rakan terutamanya dari UMNO Port Dickson, Datuk Faizal dan warga Port Dickson bahawa saya akan tetap bersama dengan semua.

Iklan

"Bila masa kita berdepan dengan pilihan raya negeri nanti, saya sendiri akan turun untuk bantu kita menang di kawasan-kawasan DUN di Port Dickson.

Video pesanan ringkas Khairy yang berdurasi satu minit 23 saat itu dikongsikan Pengerusi BN Parlimen Port Dickson, Datuk Mohd Faizal Ramli di media sosial Facebook dan TikTok miliknya pada Selasa.

Iklan

Khairy sebelum ini disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal yang akan ditandingi oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan.

Kamalanathan merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang turut disebut-sebut akan menjadi calon di Parlimen Port Dickson.