Peng Soon mungkin gantung raket

Iklan
Peng Soon (kanan) dan Yee See gagal mempamerkan aksi terbaik pada Terbuka Denmark dan Perancis baru-baru ini. Foto Bernama

TEKA-teki menyelubungi pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon apabila menarik diri daripada Terbuka Hylo di Jerman yang membuka tirai pada Selasa.

Catatan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 di laman sosialnya mencetuskan tanda tanya yang berkemungkinan pemain dari Pulau Pinang itu mahu menggantung raket.

Iklan
Iklan

"Selamat tinggal Paris. Saya akan berbeza bila jumpa awak pada masa akan datang," catatnya dalam Facebook PS Chan.

Status itu turut dikaitkan dengan dua keputusan yang mengecewakan Peng Soon dan pasangannya, Cheah Yee See di Terbuka Denmark dan Perancis apabila tersingkir seawal pusingan pertama.

Iklan

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak menolak spekulasi itu.

Beliau memberitahu, satu pertemuan akan dilakukan melibatkan dirinya bersama Peng Soon, Yee See dan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh pada minggu ini.

Iklan
Pencapaian terbaik Peng Soon (kiri) dan Liu Ying adalah meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio. Foto Agensi.

"Peng Soon ada memberitahu saya, selepas aksi di Eropah, kalau keputusannya tidak bagus dia sudah ada perancangan. Dia tahu dirinya berdasarkan usia.

"Mungkin dia bersara, tetapi bergantung, tidak pasti bila dia akan berjumpa Datuk Kenny. Cara dia bercakap dia mungkin sudah ada keputusan.

"Jadi kita harus mencari jalan untuk meletakkan bergandingan dengan siapa, kita masih ada Choong Hong Jian, Chen Tang Jie, Hoo Pang Ron," ujar Rexy.

Pencapaian terbaik Peng Soon, 34, ialah ketika bergandingan dengan Goh Liu Ying, 33, apabila memenangi pingat perak beregu campuran dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Mereka juga memenangi pingat emas Sukan Komanwel 2010 di New Delhi serta pelbagai kejuaraan antarabangsa.