Arie Irawan selamat dikebumi di Bukit Kiara

Iklan
Balu Muhammad Arie Irawan Ahmaf Fauzi, Wan Edna Marina Wan Malik (dua, kiri) menabur bunga di atas pusara suaminya setelah jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jenazah pemain golf negara, Arie Irawan Ahmad Fauzi yang meninggal dunia di China, Ahad lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, hari ini pada kira-kira pukul 6.10 petang..

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan pengebumian yang turut dihadiri oleh sahabat handai dan juga saudara mara Allahyarham.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Subang pagi tadi sebelum dibawa ke rumahnya di Taman TAR, Ampang untuk solat jenazah.

Arie Irawan, 28, meninggalkan seorang isteri, Marina.

Iklan

Sementara itu, jurucakap keluarga Arie Irawan, Timothy Low mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan kenalan yang datang berziarah.

Low berkata keluarga itu juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Kementerian Luar dan individu tertentu yang membantu mempercepat urusan membawa pulang jenazah.

Iklan

Arie Irawan dilaporkan mati di bilik hotelnya di Sanya, China pada Ahad.

Beliau berada di sana kerana menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam musim PGA Tour Series-China 2019.

Arie Irawan menjadi pemain profesional pada April 2013.

Pada Januari 2015, beliau meraih kemenangan pertama pada Official World Golf Ranking points event di Kejohanan Sime Darby Harvard PGM di Asian Development Tour dan dengan itu, Irawan menjadi pemain golf di kedudukan teratas di Malaysia dalam ranking dunia. - Bernama