SHAH ALAM - Parti komponen BN, MIC dilaporkan mungkin menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).
Menurut laporan sebuah portal berita, pucuk pimpinan parti itu telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) pada Rabu untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU15 itu.
Iklan
Iklan
Mesyuarat tersebut dikatakan akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Ibu Pejabat MIC Kuala Lumpur.
MIC sebelum ini dijangka bertanding 10 kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.
Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan pengesahan pemimpin MIC tentang dakwaan berkenaan.