KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan kekal mempertahankan Parlimen Bera.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid mengumumkan nama Ismail Sabri kekal bertanding di Bera di hadapan ratusan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Selasa.