Sah Azmin tanding di Gombak, Faizal di Tambun

Iklan
Dari kiri: Wan Saiful, Ahmad Faizal, Mohamed Azmin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumumkan secara rasmi bertanding di Gombak manakala Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan bertanding di Parlimen Tambun.

Ini bermakna, Azmin yang juga penyandang kerusi Gombak akan berentap dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mewakili BN.

Sementara di Tambun, Ahmad Faizal akan melawan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut diumumkan sebagai calon di Parlimen Tasek Gelugor.

Beliau sebelum ini bertanding di kerusi Pendang pada PRU14 namun tewas.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Ketua Wanita Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun turut diumumkan secara rasmi bertanding di Putrajaya dan Sepang