'Jangan sibuk hal kami'

Iklan
Jean-Yves Le Drian

PARIS - PERANCIS. Kerajaan Perancis meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas presiden itu memuat naik mesej di Twitter mengenai tunjuk perasaan besar-besaran di Perancis, selain menyentuh isu perjanjian iklim Paris.

Iklan
Iklan

"Kami tidak pernah mengambil tahu situasi politik tempatan AS, dan kami mahu negara itu berbuat yang sama.

"Saya mahu menyatakan kepada Donald Trump, jangan ambil tahu keadaan negara kami,” kata Menteri Hal Ehwal Luar dan Eropah, Jean-Yves Le Drian.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Trump memuat naik mesej di Twitter yang merujuk kepada tunjuk perasaan anti kerajaan ‘ves kuning’ yang mencetuskan keganasan di seluruh Perancis. - AFP