MIC putuskan sertai PRU15 atau tidak esok

Iklan
Vigneswaran

SHAH ALAM - Keputusan sama ada parti komponen BN, MIC bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) atau tidak akan diketahui esok.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dalam kenyataan pada malam Selasa berkata, mesyuarat tergempar esok akan menentukan keputusan sama ada MIC akan menenerima atau menolak kerusi-kerusi yang ditawarkan dalam PRU15.

Iklan
Iklan

Sinar Harian terdahulu melaporkan MIC mungkin menarik diri daripada bertanding pada PRU15.

Menurut laporan sebuah portal berita, pucuk pimpinan parti itu telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) pada Rabu untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU15 itu.

Iklan
Iklan