'Terima kasih BN pilih saya di Kuala Selangor' - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul

KUALA SELANGOR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berterima kasih kepada kepimpinan BN kerana memilih beliau mewakili parti itu di kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tengku Zafrul berkata, beliau berusaha memikul amanah itu dengan rasa syukur dan rendah hati selain bertekad untuk memenangi kerusi berkenaan.

Iklan
Iklan

Jelas Tengku Zafrul, peluang itu seharusnya dimanfaatkan beliau untuk mendengar sendiri keluhan dan permasalahan rakyat.

"Jika Kuala Selangor memilih saya, Insya-ALLAH sedaya upaya selesaikan permasalahan penduduk agar kualiti hidup dan sosio ekonomi dapat ditingkatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduk di sini," kata beliau.

Iklan
Iklan