Kereta hilang di Negeri Sembilan jumpa di Pahang

Iklan
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian kereta di Jempol. Mangsa turut membuat hebahan mengenai kehilangan keretanya di media sosial. - Foto media sosial

JEMPOL - Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan dicuri di Kampung Baru Ayer Hitam di sini pada Selasa berjaya ditemui semula di Mentakab, Pahang selepas polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes kecurian kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam lebih kurang 6 pagi itu disedari mangsa yang berusia 31 tahun ketika ingin ke tandas.

Iklan
Iklan

"Mangsa terdengar bunyi enjin kereta miliknya dihidupkan di garaj rumah bapa saudaranya sebelum melihat ia dilarikan individu tidak dikenali.

Chang Hook berkata, polis bertindak membuat hebahan sebelum seorang lelaki berusia 20 tahun berjaya ditangkap oleh anggota Balai Polis Mentakab, Pahang pada Selasa. Kenderaan dilarikan turut ditemui bersama suspek

Iklan

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan permohonan tahanan reman akan dipohon pada Rabu," katanya.

Iklan