Rafizi bincang dengan Anwar calon PKR di Sungai Buloh

Iklan
Rafizi

SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, langkah itu diambil susulan daripada maklum balas diterima daripada pengundi di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

PKR pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh bagi menggantikan penyandangnya R Sivarasa.

Pada masa sama, BN pada Selasa mengumumkan gabungan itu meletakkan Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan untuk bersaing di kerusi Parlimen tersebut.

Iklan

Pada PRU14, Sivarasa berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan memperolehi sebanyak 43,631 undi dan majoriti 26,634 dalam persaingan empat penjuru membabitkan calon daripada MIC, Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Iklan