KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tiba di Ibu pejabat parti itu di sini, pada jam 10.59 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat tergempar berhubung keputusan sama ada menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mesyuarat itu turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri M Saravanan, Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) dan pengerusi MIC negeri.
Iklan
Iklan
Sinar Harian difahamkan, MIC tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan kerusi kepada parti, termasuk beberapa kerusi tradisi seperti Cameron Highlands tidak diberikan kepada mereka.
Susulan itu, pemimpin parti itu bertindak protes dan tidak hadir pada majlis pengumuman calon Parlimen BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada Selasa.
BN memperuntukkan 10 kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan satu DUN di Pahang untuk MIC pada PRU15 kali ini.