Alami trauma melampau akibat dibuli 12 pelajar

Iklan
Keadaan yang menimpa Audrey menyebabkan #JusticeForAudrey menjadi trending di Twitter.

JAKARTA – INDONESIA. Dunia pendidikan Indonesia kembali digemparkan dengan kejadian buli seorang pelajar sekolah SMP (Sekolah Menengah Atas) di Pontianak.

Kesemua 12 pelajar perempuan itu turut bertindak kejam menjolok kemaluan mangsa dikenali sebagai Audrey hingga menyebabkan alat sulitnya bengkak.

Iklan
Iklan

Mangsa dilaporkan mengalami trauma melampau dan masih dirawat di RS Mitra Medika.

Insiden itu turut menyebabkan #JusticeForAudrey menjadi trending di Twitter dan ramai pengguna media sosial menunjukkan rasa simpati terhadapnya.

Iklan

Hasil siasatan awal mendapati kejadian pada 29 Mac lalu itu berpunca daripada masalah teman lelaki.

Keluarga mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa seminggu selepas insiden itu berlaku dan pada mulanya Audrey takut untuk melaporkan kepada ibu bapanya kerana diugut pelaku.

Iklan

Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut yang menerima kecaman banyak pihak. - Agensi