BINTANG tenis tersohor, Iga Swiatek membuktikan dia selayaknya berstatus pemain nombor satu dunia dan pilihan memenangi perlawanan awal Pusingan Akhir WTA di Dickies Arena, Forth Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS) apabila menewaskan Daria Kasatkina, 6-2, 6-3.
Kemenangan pemain berusia 21 tahun itu dalam masa satu jam 23 minit tersebut menyaksikan penguasaan permainan milik jagoan Poland juga melebarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain berkenaan kepada 5-0.
Iklan
Iklan
"Saya gembira dapat bermula dengan cukup baik sekali gus memberi keyakinan berdepan perlawanan lebih sengit selepas ini.
"Ya, akhirnya saya gembira apabila dapat melakukannya dengan baik," ujarnya.
Kemenangan itu meneruskan musim fantastik Swiatek, yang naik ke nombor satu dunia pada April, memenangi lapan gelaran termasuk dua Grand Slam di Roland Garros dan Flushing Meadows tahun ini.
Sementara itu, Kasatkina yang melakukan penampilan pertama berjaya meningkatkan potensi dirinya musim ini, mara ke separuh akhir Terbuka Perancis dan kembali ke 10 teratas buat kali pertama sejak 2019.
Artikel Berkaitan