Parti Netanyahu dahului pilihan raya Israel

Iklan
Benjamin Netanyahu - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Rabu beliau hampir untuk mendapatkan semula kuasa dan membentuk kerajaan selepas unjuran keputusan pilihan raya menunjukkan gabungan majoriti berada dalam jangkauan untuk pemimpin veteran itu.

"Kami hampir mencapai kemenangan besar,” kata Netanyahu kepada para penyokong pada perhimpunan di Baitulmaqdis seperti dilaporkan AFP.

Iklan
Iklan

"Kami belum tahu keputusan akhir tetapi jika keputusan seperti pilihan raya (sudah) keluar, saya akan membentuk kerajaan nasional," tambahnya.

Margin kelihatan nipis seperti yang dijangkakan dan ia merupakan pilihan raya kelima dalam tempoh kurang daripada empat tahun.

Iklan

Parti Likud pimpinan Netanyahu didakwa menduduki tempat pertama dengan mendapat antara 30 dan 32 kerusi.

Jumlah itu jika digabungkan dengan perikatan Agama Zionisme dan dua parti Yahudi ultra-Ortodoks akan memberikan blok yang menyokong Netanyahu sebanyak 61 dan 62 kerusi.

Iklan

Kemenangan bagi blok itu akan menamatkan pemerintahan singkat pakatan lapan parti di bawah Perdana Menteri sementara, Yair Lapid.

Sebelum ini pakatan parti pembangkang berjaya menggulingkan Netanyahu pada tahun lalu sebelum ia tumbang sendiri berikutan peletakan jawatan ahli Parlimen dalam gabungan itu. - Agensi