Hamilton kekal bersama Mercedes

Iklan
Hamilton mahu melanjutkan kontraknya bersama Mercedes sehingga melepasi usia 40 tahun. - Foto EPA

PELUMBA Britain, Lewis Hamilton boleh menarik nafas lega apabila dimaklumkan bahawa tugasnya bersama Mercedes belum selesai.

Juara dunia tujuh kali itu dijangka memulakan perbincangan mengenai kontrak baharu pada musim sejuk dan dikhabarkan akan kekal bersama Formula Satu (F1) selepas 2023.

Iklan
Iklan

Jagoan Mercedes berusia 37 tahun itu sudah dijanjikan kontrak bernilai £40 juta (RM218 juta) untuk musim depan, tetapi dia mahu melanjutkan karier F1 sehingga melepasi usia 40-an.

Ketua Merc, Toto Wolff berkata, tempat untuk Hamilton sudah terjamin, namun dengan syarat dia kekal di F1.

Iklan

Bagaimanapun, Wolff memberitahu, belum mengadakan rundingan mengenai perkara tersebut dan akan mencari masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Belum memulakan rundingan. Kami sudah tentu mahu menamatkan musim ini dan kemudiannya mencari masa yang tenang ketika musim sejuk seperti kami lakukan musim lalu.

Iklan

"Dia lebih daripada seorang pemandu kepada kami. Walaupun kami belum bercakap mengenai karier, dia juga boleh berperanan sebagai duta kepada Mercedes dan penaja serta kesan dibawanya kepada Mercedes,” ujar Wolff.

Maklum balas Wolff itu susulan spekulasi dia dikaitkan dengan juara dunia, Max Verstappen pada masa depan.

Sumber paddock melaporkan Wolff kerap menghubungi Verstappen dan bapanya Jos, namun tidak diketahui motif Wolff berbuat demikian.