Malang nasib Atletico Madrid

Iklan
Reaksi Simeone selepas Atletico tewas 1-2 kepada Porto dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu. - Foto EPA

HASRAT Atletico Madrid untuk sekurang-kurangnya beraksi dalam saingan Liga Europa musnah setelah berada di tempat tercorot Kumpulan B dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu.

Skuad bimbingan Diego Simeone itu tewas 1-2 kepada Porto yang gah memimpin kumpulan dengan 12 mata.

Iklan
Iklan

Atletico berharap mara ke Liga Europa selepas gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara minggu lalu tetapi hasrat naib juara 2014 dan 2016 itu musnah di Portugal.

Bayer Leverkusen seri 0-0 dengan Club Brugge dalam satu lagi perlawanan, terikat lima mata dengan Atletico tetapi kelab Jerman itu berkelebihan dari segi rekod pertemuan.

Iklan

"Kini kami perlu fokus bekerja keras, tutup mulut pengkritik dan berjuang. Kami adalah pasukan yang sukar ditentang jika kami percaya diri sendiri dan bersama dalam satu arah dengan jurulatih,” ujar penyerang Atletico, Antoine Griezmann kepada Movistar.

Ia kali pertama Atletico menduduki tempat terakhir dalam kumpulan saingan Liga Juara-Juara dengan masa depan Simeone mula menjadi persoalan.

Iklan